Tuesday, April 18, 2017

Selepas bongkar kekayaan, Jamal kata Adam Rosly ‘budak baik’


 Depa dah mula serang

 | April 18, 2017
Jamal juga mengutip RM20,000 untuk membantu kos guaman Adam.
video INSIDE
jamalyunosPUTRAJAYA: Selepas melaporkan kekayaan Datuk Adam Rosly kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Jamal Yunos berkata beliau sebenarnya seorang “budak yang baik” tetapi berubah selepas menyertai PKR.

Adam merupakan ketua pemuda PKR Ampang dan pernah menjadi pegawai khas kepada Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
“Dia budak yang baik dulu, saya dapat tahu daripada rakan sekolahnya. Dia mudah didampingi tapi berubah selepas menyertai pemuda PKR,” kata pengerusi Gabungan NGO Malaysia itu kepada pemberita hari ini.
Jamal ditemui di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, untuk menyerahkan bukti dakwaan salah guna kuasa Zuraida sebagai ahli Parlimen Ampang.

“Semasa dia masuk politik, dia melihat peluang mendapatkan kekayaan dengan cara mudah menggunakan kuasa yang ada daripada Datuk Seri Azmin Ali atau mungkin juga Zuraida.”
Adam ditahan SPRM dalam siasatan ke atas kekayaan miliknya dan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Adam ditahan pada 13 April lepas bagi memberi keterangan berhubung kekayaan “luar biasa” miliknya. Tempoh reman Adam dilanjutkan 4 hari lagi bermula esok.
Namun hari ini, Jamal melahirkan rasa simpati dengan Adam, yang disiasat selepas ketua Umno bahagian Sungai Besar itu mendedahkan kekayakaannya.

“Kami simpati dengan Adam kerana ibu (Zuraida) dan bapa (Azmin) tidak mengaku Adam sebagai anak, mereka lepas tangan,” katanya.
Suhubungan itu, Jamal menawarkan untuk membantu kos guaman Adam.
“Sejak semalam mereka (Azmin dan Zuraida) tidak mengendahkan kewujudan Adam, jadi saya berpakat dengan rakan NGO lain untuk kutip RM500 setiap NGO.

“Pagi tadi kami berjaya mengumpul sebanyak RM20,000 dan kami perlukan lagi kerana kos guaman mungkin menelan sebanyak RM50,000,” katanya.
Jamal berharap siasatan ke atas Adam akan membawa kepada siasatan terhadap Zuraida.

“Seluruh Ampang tahu Adam kerja dengan Zuraida,” katanya. “Sebagai contoh pekerja saya kaya dan mempunyai 10 biji kereta, mestilah saya lebih kaya lagi, sebab itulah kita mencurigai Zuraida.”

Kekayaan Adam, 28, menjadi perhatian selepas Jamal mempertikaikan rumah besar dan kereta mewah yang dimiliki Adam walaupun baru sepenggal memegang jawatan dalam parti.

November lalu, Jamal membawa wartawan menaiki helikopter meninjau banglo milik Adam, sambil mempersoalkan sumber kekayaan pemimpin pemuda PKR itu. Susulan itu, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo membuat laporan SPRM terhadap Adam.
Adam menafikan salah laku dan mendakwa memiliki perniagaan sendiri, namun tidak mendedahkan lebih lanjut atas sebab keselamatan. FMT

No comments:

Post a Comment