Sunday, April 9, 2017

Semangat asal perjuangan PAS sudah mati, kata Husam

FMT | April 9, 2017
Slogan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera, secara tidak langsung PAS mengisytiharkan pendekatan politik ketika Nik Aziz menerajui PAS sebagai tidak matang.
Husam-Musa_pas_600
KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa menyifatkan kematian bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 2 tahun yang lalu sebagai kematian bersama idea perjuangan PAS yang asal.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata, sikap mesra PAS dengan Umno sekarang jelas berbeza dengan sikap PAS sebelum ini yang saling bermusuhan.
“Kematian Nik Aziz bukan sahaja kematian dirinya yang bernama Nik Aziz, tetapi permulaan era baru hala tuju PAS dan penghakisan pendekatan dan pemikiran politik Nik Aziz dari PAS.

“Apabila PAS memperkenalkan slogan baru iaitu budaya politik matang dan sejahtera, secara tak langsung PAS mengisytiharkan pendekatan politik ketika Nik Aziz menerajui PAS sebagai tidak matang,” kata beliau di Seminar Pemikiran Nik Aziz di Auditorium Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Amanah secara rasmi mengumumkan pelantikan Husam sebagai naib presidennya berkuat kuasa hari ini.

Husam, bekas setiausaha akhbar Nik Aziz ketika pemimpin itu menjadi menteri besar Kelantan, menyifatkan perkembangan PAS itu sebagai cubaan parti berkenaan meninggalkan cara pemikiran tokoh itu.

Husam juga percaya perjuangan beliau dan rakan-rakan lain bersama Amanah, selain bekerjasama dengan seteru Nik Aziz iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha menewaskan Barisan Nasional (BN) ‘direstui’ pemimpin berkenaan.
Beliau juga percaya jika hayat Nik Aziz masih panjang, beliau yakin bekas mursyidul itu akan menjadi orang pertama yang akan duduk bersama bekas perdana menteri itu.

“Kali terakhir Nik Aziz bertembung dengan Dr Mahathir selain enakmen jenayah syariah adalah kenyataan Dr Mahathir supaya Nik Aziz balik duduk mengajar di pondok. Nik Aziz jawab kemudian, suruh tinggalkan jawatan perdana menteri dan jaga klinik.

“Sejak itu, saya lihat Dr Mahathir nampak logik Nik Aziz sebagai ‘tajam’, maka tak ada lagi main-main.
“Jika Nik Aziz ada lagi pada hari ini, sudah tentu beliaulah orang pertama akan duduk dengan Tun Mahathir, berceramah keliling seluruh negara untuk membebaskan Malaysia.
“Apabila saya lihat Mohamad Sabu duduk dengan Dr Mahathir, maka saya lihat inilah mewakili Nik Aziz,” katanya.

3 comments:

  1. Orang dah tak ada jgn dijadikan hujah. Perkara macam ini orang Yahudi sahaja yang suka kerana orang lain tak boleh matikan hujahnya. Kalau sayang Tok Guru tak akan bersekongkol Tun Mahathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkenalkan nama sy ibu fitri. sebelumnya sy ingin berbagi cerita kpd anda semua bahwa dulunya sy orang susah alias miskin kerja cuman sebagai tukan cuci waktu itu sy sempat putus asa tapi kebetulan ada teman sy menyarankan untuk mencoba menghubungi aki mupeng dan sy langsung hubungi alhasil dia mau membantu sy untuk merubah nasib dgn jalan togel. angka yg diberikan benar benar tembus sekali lagi makasih aki atas apa yg kau berikan kepada sy dan kini sy udah bangkit lagi dan buka usaha sembakau dirumah dan suami sy buka benkel. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 085294450976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete
  2. Hari tu dia kata arwah masuk PAN dan kini restu kerjasama dgn Tun M. Betapa hinanya dia ni letakkan taraf arwah TGNA iaitu disamatarafkan dgn barua DAP dan kini dgn Pengkhianat Negara yg takde banyak bezanya dgn Najib..

    ReplyDelete