Monday, April 17, 2017

Suami lari kerana tumor seberat 25kg

Sinar Harian
Suami lari kerana tumor seberat 25kg
Juan Suwanchatree dan Sami Bhin. - Foto Exclusivepix Media/Mirror
BANGKOK - THAILAND. Seorang wanita merana bersama dua anaknya selepas suaminya melarikan akibat tidak tertahan menanggung perbelanjaan rawatan isterinya tersebut.

Laporan Mirror mengatakan Juan Suwanchatree, 44 menderita ketumbuhan Lymphatic Filariasis seberat 25 kilogram selama hampir dua tahun.
Dalam tempoh tersebut, Juan ditinggalkan oleh suaminya manakala dua anaknya terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai buruh kanak-kanak di sebuah ladang pokok getah.

Selain itu, ibu bapa Juan juga cuba membantu anak mereka tetapi masih gagal menanggung perbelanjaan perubatan dan rawatan.

Bagaimanapun, nasib Juan dijangka berubah selepas dermawan yang juga seorang sami membuat keputusan untuk menderma.
Sami Bhin sebelum ini pernah popular di media sosial kerana tabiatnya yang mengembara serata Thailand dan mencari insan tidak berkemampuan untuk dibantu.

"Saya sudah berikan Juan 25,000 Thai Baht (RM3,219.22) tetapi beliau masih memerlukan lebih banyak lagi untuk rawatan susulan," kata Sami Bhin.
Sami Bhin juga berharap warga laman sosial di Thailand bergabung dan membantu Juan.

No comments:

Post a Comment