Friday, April 14, 2017

Tidak ada masalah jika Khairuddin tahu mengenai dana 1MDB

 | April 13, 2017
Kerana dakwaan terima dana berkait 1MDB isu peribadi Nasharudin, kata Tuan Ibrahim
tuan-ibrahim-1mdb-3
PETALING JAYA: PAS mempertahankan Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali walaupun ketua penerangan Dewan Ulama itu menyedari bekas timbalan presiden Datuk Nasharudin Mat Isa menerima dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS tidak melihat sebarang masalah walaupun Khairuddin mempunyai maklumat mengenai perkara itu daripada bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Bagi saya, tidak ada masalah sekalipun kalau dia (Khairuddin) tahu…Yang tentunya, ia tidak ada kaitan dengan pemimpin PAS. Itu sahaja,” katanya kepada FMT hari ini.

Rafizi Ramli pada sidang media hari ini mengatakan Khairuddin pernah berjumpa seorang bekas pegawai kanan SPRM untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.

Ahli Parlimen Pandan berkata perkara didedahkannya hari ini menjurus kepada “salah guna kuasa yang boleh disiasat di bawah pelbagai undang-undang negara”, sekiranya bayaran kepada pemimpin PAS itu usaha melunakkan suara PAS dalam isu 1MDB.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menafikan tuduhan mengatakan PAS tidak lantang mengkritik isu 1MDB.
“PAS banyak keluarkan kenyataan dalam isu 1MDB. Saya sendiri berikan kenyataan dalam isu 1MDB. Isu Nasharudin adalah isu peribadi dia,” katanya.
“Bagi saya pendedahan Rafizi itu bukanlah pendedahan yang mengejutkan PAS. Kenyataan Rafizi itu hanyalah niat buruk. Bagi PAS, kita tidak anggap serius isu ini.”
FMT

1 comment: