Friday, April 14, 2017

Zaid: Saya tidak sangka RPK akan berdusta mengenai saya

FMT | April 14, 2017
Bekas menteri Zaid Ibrahim nafi terima wang daripada ahli perniagaan kontroversi John Soh.
Zaid-Ibrahim_Raja-Petra_600
PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim membidas penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin yang mendakwa beliau menerima jutaan ringgit daripada ahli perniagaan kontroversi John Soh.
Zaid menepis dakwaan Raja Petra sebagai dusta.

“Kalau bukan kerana isteri saya, saya tidak mahu jawab Raja Petra.
“Saya tidak tahu mengapa beliau mahu libatkan saya dalam penipuannya, saya tidak pernah terima wang daripada mana-mana orang sepanjang menceburi politik, kecuali sumbangan sekali-sekala beberapa ribu ringgit sebelum pilihan raya,” katanya kepada FMT.

Raja Petra menulis di blognya 7 April lepas mendakwa John, yang disiasat pihak berkuasa Singapura di atas pembabitannya dalam kejatuhan saham murah 2013, menyalurkan jutaan ringgit kepada beberapa individu, termasuk Zaid.
“John, yang merupakan rakan niaga (Tan Sri) Daim Zainuddin, memberikan RM6 juta kepada Zaid.”

Dakwaan tersebut mengejutkan Zaid, yang menyangkakan penulis blog itu “tidak akan berdusta mengenai saya, memandangkan saya banyak membantu beliau pada awal-awal tahunnya di Manchester.”
Manchester sebuah bandar di barat laut England.
“Pada masa itu, beliau dan isterinya sukar mendapatkan wang. Hari ini beliau sangat selesa tentunya,” tambah Zaid.

Raja Petra pada 2008 ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas didakwa menghina Islam, tetapi dibebaskan 56 hari kemudian apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kerajaan sudah bertindak di luar batas kuasanya apabila mengenakan penahanan itu.

Beliau membawa diri ke United Kingdom selepas kerajaan merayu keputusan itu.
Perintah tahanan sudah pun luput dan ISA dimansuhkan pada 2012, tetapi penulis blog itu masih tinggal di luar negara.

No comments:

Post a Comment