Malaysiakini 25/5/17
Penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar yang begitu ketara
lemah sekarang dibangkitkan dalam dialog Transformasi Nasional 50 (TN50)
yang diadakan di Subang Jaya malam semalam.
Seorang peserta, pengasas program celik membaca My Readers, Charis
Ding, berkata masih terdapat pelajar sekolah menengah yang langsung
tidak memahami dalam bahasa Inggeris apa lagi menguasainya.
Sebagai contoh, beliau merujuk kes di mana seorang pelajar berusia 13
tahun yang hanya boleh membaca lapan daripada 77 perkataan dalam teks
yang disediakan untuk pelajar tahun satu.
"Ini bukan kes yang terpencil. Ia berlaku di kebanyakan sekolah kebangsaan," katanya.
Sementara itu pengasas projek Fearless, Nurul Ashiqin Shamsuri, yang
merupakan penceramah pertama malam semalam berkata, berbahasa Inggeris,
terutamanya di kalangan pelajar di luar bandar, masih dianggap sebagai
tindakan berpura-pura.
Cara pemikiran, katanya sering dikaitkan dengan tanggapan bahawa
penguasaan bahasa Inggeris akan menimbulkan ancaman kepada identiti dan
bahasa kebangsaan.
Nurul Ashiqin berkata penguasaan bahasa Inggeris di negara ini tidak
harus "dipolitikkan", dan bercakap dalam bahasa penjajah itu perlu
digalakkan walaupun sebutan atau tatabahasa mereka tidak sempurna.
No comments:
Post a Comment