Friday, May 19, 2017

Anjing ini dihukum mati.

Sinar Harian
Anjing
Gambar hiasan.
PUNJAB - PAKISTAN. Seekor anjing dihukum mati selepas 'didapati bersalah' mengigit seorang kanak-kanak.

Menurut laporan international Business Times UK, hukuman tersebut dijatuhkan oleh Penolong Ketua Polis daerah Bhakkar, Raja Saleem.
Anjing tersebut dilaporkan menggigit mangsa pada 16 Mei lepas dan akan 'dipenjarakan' selama seminggu sebelum hukuman dijalankan.
"Anjing tersebut mencederakan kanak-kanak, jadi, ia patut dibunuh," kata Raja Saleem.

Pemilik anjing berkenaan, Jamil telah memfailkan rayuan terhadap kes tersebut.
Kes tersebut bukan kes pertama haiwan dihukum kerana melakukan 'jenayah'.
Pada 2015, seekor burung merpati 'ditahan' polis di India kerana disyaki 'pengintip'.

Badan burung tersebut didakwa mengandungi tulisan dalam bahasa Urdu iaitu bahasa rasmi Pakistan dan sebuah nombor telefon.
Polis di Jerman pula pernah menahan seekor tupai kerana mengganggu seorang wanita yang kemudian melaporkan kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment