Malaysiakini 17/5/17
Kedudukan barisan exco kerajaan negeri Selangor masih status quo
sehingga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menghadap Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata,
setakat ini, baginda tidak menerima maklumat secara rasmi berkenaan
kedudukan tiga exco PAS itu.
“Sehingga
saat ini juga, pihak istana tidak menerima apa-apa surat rasmi daripada
kerajaan negeri. Saya difahamkan Mohamed Azmin sekarang berada di luar
negara," kata Mohamad Munir yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau mengulas soalan apakah Sultan Selangor sudah dimaklumkan
mengenai kedudukan exco kerajaan negeri Selangor rentetan PAS memutuskan
tahaluf siyasi dengan PKR.
Azmin kini di Belgium atas urusan rasmi dan dijangka pulang Ahad ini.
Beliau juga tidak hadir pada mesyuarat Biro Politik PKR malam semalam
yang memutuskan kedudukan exco PAS dalam kerajaan negeri akan hanya dibuat sekembalinya dari lawatan rasmi ke luar negara.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan
berkata, hanya Sultan Selangor boleh mengarahkan ketiga-tiga exco PAS
berkenaan meletakkan jawatan.
Beliau dilaporkan berkata, Datuk Iskandar Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus
Hairi dan Zaidy Abdul Talib akan kekal memegang jawatan selagi
diperkenan sultan.
Kedudukan exco PAS dalam kerajaan negeri menjadi persoalan apabila
PAS pada muktamarnya pada Apri lalu memutuskan tahaluf siyasi dengan
PKR.
No comments:
Post a Comment