Nazri Aziz berkata, tindakan Jaringan Muslimin Pulau
Pinang melarang Lim Guan Eng menghadiri majlis berbuka puasa adalah
salah dan melampaui batas.
PETALING
JAYA: Rakyat Malaysia sudah muak dengan tindakan mengarut pergerakan
“melampau” yang bertentangan kepentingan negara, kata pengerusi Biro
Keharmonian Agama MCA.
Datuk Seri Ti Lian Ker mengulas bantahan Jaringan Muslimin Pulau
Pinang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam.
“Negara berpecah belah dan rakyat muak dengan pergerakan melampau yang menyamar dengan tindakan mulia dan suci.
“Jika Guan Eng ada melakukan kesilapan, hanya bersuara dan
laporkannya. Biar proses undang-undang berlaku, tetapi jangan menjadikan
kesilapan itu sebagai alasan untuk melakukan kesilapan lain,” kata ahli
Jawatankuasa Pusat itu kepada FMT hari ini.
Beliau merujuk amaran Jaringan Muslimin Pulau Pinang kepada Lim tidak
menghadiri majlis berbuka puasa, melainkan beliau memeluk Islam.
Semalam, Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohd Hafiz Noordin
mengetuai kira-kira 50 penunjuk perasaan berkumpul di luar Masjid
Simpang Enam, Jalan Macalister, Pulau Pinang selepas solat Jumaat sambil
memegang sepanduk mengecam Lim dan Mohd Salleh Man, pengerusi Majlis
Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang. Salleh merupakan satu-satunya adun
PAS di negeri itu.
“Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini.
“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka
puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,” kata Hafiz.
Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri
Aziz menyifatkan tindakan pergerakan itu menggunakan agama untuk
mengetengahkan motif politik mereka adalah salah.
“Saya rasa kumpulan orang ini sudah melampaui batas. Tidak ada
perkara sedemikian,” katanya merujuk sekatan Lim menghadiri majlis
berbuka puasa.
“Saya rasa ia adalah salah, mereka membuatkan umat Islam seolah-olah
jahat. Ia adalah cara mereka, tetapi bukannya cara umat Islam.”
Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, tidak salah untuk orang bukan
Islam turut serta berbuka puasa bersama rakan mereka yang beragama
Islam.
Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda Gerakan Selangor, Ivanpal Grewal
Singh berkata, walaupun tidak bersetuju dengan Lim dalam kebanyakan isu,
beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan menyekat pemimpin
DAP itu menghadiri majlis “berbuka puasa”.
“Ada cara lebih membina untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap keputusannya.
“Majlis sedemikian memupuk persefahaman lebih baik dan mereka
sepatutnya mengambil peluang itu untuk berkongsi pandangan dengan
beliau,” katanya merujuk cara kumpulan Islam boleh menyuarakan masalah
mereka kepada ketua menteri Pulau Pinang itu.
Setuju dalam tak setuju. Puasa dalam Islam adalah ibadat. Begitu juga dalam ibadah yang lain seperti solah, haji dan zakat. Setiap ibadat tersebut ada falsafah yang tersendiri yang membawa kepada Tuhan dan taqwa. Mr. LGE boleh berpuasa tapi janganlah sehari saja. Semata mata nak buat gimik untuk berbuka puasa bersamama kaum muslimin itu adalah hipokrit. Saya ada kawan yang belum Islam telah berpuasa/ bersahur sebulan tahun lepas dan tahun inipun ikut serta. Mari doakan dia ucap syahadah penghujung Ramadhan ini.
ReplyDeleteIslam tak suruh pengikutnya menunjukkan "dark side of the faith"
ReplyDeleteIni berlaku kerana Pemimpin UMNO "keliru" ... seakan nampak cara itu boleh menarik sokongan .....
Itu sudah salah.
Islam tidak mcm itu.
Islam tak suruh pengikutnya menunjukkan "dark side of the faith"
ReplyDeleteIni berlaku kerana Pemimpin UMNO "keliru" ... seakan nampak cara itu boleh menarik sokongan .....
Itu sudah salah.
Islam tidak mcm itu.
Islam tak suruh pengikutnya menunjukkan "dark side of the faith"
ReplyDeleteIni berlaku kerana Pemimpin UMNO "keliru" ... seakan nampak cara itu boleh menarik sokongan .....
Itu sudah salah.
Islam tidak mcm itu.