Thursday, May 4, 2017

Bukan saya buat logo Pakatan, kata Rafizi

 FMT| May 3, 2017
Rafizi bagaimanapun menyambut baik kritikan netizen yang disifatkannya jujur.
rafizi-ramli-logo-pakatan-2017KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menafikan beliau mereka bentuk 3 logo Pakatan Harapan yang disindir netizen.
Beliau menjelaskan 1 daripada logo itu direka Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), manakala 2 lagi dihasilkan PKR.

“Ada di antara kami yang mahu diberi masa dan dicuba melalui netizen dan saya sambut baik netizen kerana (memberi komen) jujur.
“Saya tak tahu reaksi pimpinan lain, sama ada mereka teruskan juga (memilih 1 daripada 3 logo itu) atau fikirkan mengenai komen ini. Saya tak tahu,” katanya pada sidang media di Invoke Malaysia hari ini.

Pagi tadi, Rafizi memuat naik 3 reka bentuk logo di Facebooknya dengan 2 daripadanya menunjukkan grafik separa matahari dengan perkataan “Harapan” di bawahnya dan masing-masing berlatar belakang kuning serta merah.
Satu lagi logo menunjukkan gambar ibu jari menuding ke atas (thumbs up) dengan perkataan “Pakatan Harapan”.

Tiga reka bentuk logo Pakatan Harapan yang disenarai pendek Majlis Presiden gabungan itu minggu lalu, mendapat pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya tidak bersetuju, malah memberi sindiran tajam.
Gabungan itu dijangka membuat keputusan dalam masa 2 minggu.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau memuat naik 3 logo itu di Facebook kerana berpendapat ahli politik tidak sepatutnya memilih reka bentuk logo.
“Kerana reka bentuk berdasakan cita rasa, lain orang lain cita rasa,” katanya sambil menambah Sekretariat Pakatan Harapan yang memilih 3 logo itu.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, Sekretariat Pakatan Harapan akan memuktamadkan pemilihan logo itu, beberapa hari lagi.

No comments:

Post a Comment