Malaysiakini 10/5/17
Ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Felda Palong 7 di
Jempol, Negeri Sembilan malam ini akan diteruskan walaupun dikatakan
mendapat amaran daripada pengurusan Felda.
Ketua BERSATU Bahagian Jempol, Baharudin Ahmad berkata, mereka juga
telah mendapat kebenaran polis untuk meneruskan acara tersebut.
Bagaimanapun, Baharudin tidak dapat mengesahkan kebenaran surat yang
kononnya daripada pengurusan Felda Palong 7, kepada pemilik sebuah rumah
yang menjadi tuan rumah kepada majlis ceramah berkenaan.
Surat itu memberi amaran kepada pemilik rumah itu agar
bertanggungjawab jika berlaku kejadian yang tidak diingini, atau
berdepan tindakan undang-undang jika penceramah pada majlis itu mengutuk
dasar Felda.
Percubaan untuk menghubungi pengurusan Felda Palong 7 bagi mendapatkan komen tidak berjaya.
Tanpa mengira kesahihan surat itu, Baharudin berkata, pihak
pengurusan Felda Palong 7 tidak mempunyai hak untuk menghalang peneroka
daripada mengadakan majlis tersebut.
"Beliau sudah mempunyai hak milik tanah. Apa sahaja yang dia mahu
lakukan dengan rumahnya adalah urusannya," kata Baharudin ketika
dihubungi petang ini.
Acara di Felda Palong 7 malam ini akan turut menampilkan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
No comments:
Post a Comment