Editor Sarawak Report tidak terkejut dengan perhatian kepada isteri perdana menteri itu
KUALA LUMPUR: Editor Sarawak Report Clare Rewcaslte-Brown tidak
terkejut isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi
sasaran wartawan dan jurugambar semalam, tetapi menafikan beliau
mendalangi kejadian itu.
“Saya tidak terbabit dengan kejadian merakam Rosmah di London,
walaupun saya terkejut beliau menganggap dirinya berhak untuk tidak
menjadi objek perhatian berita,” kata Clare kepada FMT.
Beliau menyifatkan perhatian yang diterima Rosmah sebagai perkara biasa.
“Adakah terdapat seorang lagi isteri perdana menteri di dunia sekarang ini yang terkenal seperti beliau?” katanya.
Video dimuatnaik penulis blog kontroversi Raja Petra Kamarudin di
Youtube menunjukkan beberapa pemberita menghendap Rosmah, yang ketika
ini berada di United Kingdom bersama kumpulan pengajar dan pelajar di
bawah program pendidikan awal Permata. Delegasi itu turut dihadiri 2
menteri.
Video menunjukkan seorang wartawan mengajukan soalan sinis keapda
pegawai Rosmah: “Selamat datang ke London…Bagaimana rasanya bekerja
dengan salah seorang penjenayah terbesar di dunia?”
Malam tadi, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said
Keruak berkata pemberita dari Sarawak Report mengherdik “dakwaan fitnah”
terhadap Rosmah, menyifatkan tindakan mereka “sama sekali tidak sopan
dan tidak beradab”.
Tetapi Clare berkata Salleh tidak sepatutnya bergantung kepada Raja
Petra untuk mendapatkan maklumat, “terutamanya dalam perkara membabitkan
Rosmah”.
Beliau juga membidas Salleh kerana mendakwa Sarawak Report belum mendedahkan sumber dana mereka.
“Kenyataan yang kamu laporkan itu, mengenai Sarawak Report tidak
memfailkan akaun, adalah tidak benar, kerana Salleh boleh menyemaknya
dengan mudah dalam talian.
“Jadi, barangkali beliau perlu menumpukan kepada akaun 1Malaysia
Development Berhad 2015 yang belum dibentangkan.” katanya, merujuk
kepada syarikat milik menteri kewangan itu.
“(Mungkin) sebab itu kru penggambaran mengekori beliau di London,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment