Tuesday, May 9, 2017

Exco Pas tegas mereka masih bersama kerajaan Selangor

Sinar Harian
 Dr Ahmad Yunus Hairi, Iskandar Abdul Samad
Dr Ahmad Yunus Hairi, Iskandar Abdul Samad
SHAH ALAM - Exco kerajaan Selangor daripada Pas menegaskan bahawa mereka masih bersama pentadbiran negeri itu kerana ia adalah  mandat yang diberi rakyat pada Pilihan Raya Umum 2013.

Exco Kanan Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, langkah itu adalah demi  memastikan  kestabilan  kerajaan Selangor susulan timbul banyak khabar angin  mengenai kedudukan parti Islam berkenaan dalam pentadbiran pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, exco Pas juga akan menjalankan tugas seperti biasa dan memastikan semua program kerajaan negeri seperti Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) terlaksana dengan jayanya.

"Barisan exco Pas akan terus memainkan peranan aktif dan berkesan selari dengan komitmen yang telah diberikan untuk mendukung prinsip serta dasar kerajaan negeri sejak Mac 2008."
"Dengan itu, kami memberi sokongan kepada kerjasama serta persefahaman kepada kepimpinan sedia ada untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati kestabilan dan pembelaan yang berterusan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kedudukan exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila muktamar ke-63 parti Islam itu April lepas meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan PKR yang pernah menjadi sekutunya.
Bagaimanapun, keputusan itu hanya akan dimuktamadkan selepas Majlis Syura Ulama bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi tersebut dalam masa terdekat.
Kerajaan Selangor dipimpin Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR dengan komposisi tiga exco daripada PKR, tiga DAP dan tiga Pas.

Sebagai exco kanan, Iskandar memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, manakala Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi bagi portfolio Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi dan Inovasi.

Selain itu, Zaidy Abdul Talib ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. - Bernama

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete