Thursday, May 11, 2017

Gadis ini telan wang sebab takut diambil pacar.

11/5/17

 
 Sandra Milena Almeida. ©Oddity Central
Wanita bernama Sandra Milena Almeida, 28 tahun, asal Bucaramanga, Kolombia, harus dirawat di ruang kecemasan di Rumah Sakit Universiti Santander lantaran menelan wang kertas sebanyak $9,000.

Pada 22 April lalu Sandra mendatangi rumah sakit dengan keluhan sakit di perutnya. Doktor kemudian memutuskan dia harus segera dibedah. Ketika perutnya diperiksa doktor terkejut kerana menemui banyak lembaran wang pecahan USD 100. Doktor lalu mengeluarkan semua wang itu dari perutnya.

Dilansir Oddity Central, akhir minggu lalu kerana kejadian unik itu, pihak rumah sakit menghubungi polis . Setelah dinterogasi selepas pemulihan, Sandra dicurigai terlibat perbuatan jenayah.
wang Sandra Milena Almeida Oddity Central

Sandra mengatakan dia dan pacarnya menabung wang untuk pindah ke Panama untuk menjalani kehidupan lebih baik, tapi kemudian hubungan asmara mereka retak dan Sandra ingin putus. Sang pacar lalu meminta dia dibagi separuh wang hasil mereka menjual mebel, sebuah  motorsikal, dan berbagai barang lainnya.

Kerana takut wangnya diambil akhirnya dia memutuskan menelan wang itu. Dia menggulung lembaran wang kertas itu, lalu membungkusnya dengan plastik dan mengikatnya dengan   gelang getah kemudian menelannya sambil meneguk air. Tak lama setelah dia menelan wang sebanyak itu Sandra merasa perutnya sakit.

Polis  Bucaramanga yang menyiasat kes ini akhirnya mengumumkan Sandra tidak   melanggar hukum dan dia segera dibolehkan pulang dari rumah sakit serta membawa kembali wangnya.
 Sumber:Merdeka.com

No comments:

Post a Comment