Sunday, May 14, 2017

Gantung anak kerana kertas penceraian dikoyak

Sinar Harian
 kertas
- Gambar hiasan
GARA-GARA berang melihat kertas penceraiannya dikoyak, seorang bapa tergamak memukul dan menggantung anak perempuan di luar rumah mereka di Sichuan, China.

Memetik laporan Mirror. Co, lelaki tersebut dikatakan bertindak demikian kerana tidak dapat menerima berita penceraian tersebut.
Penceraian itu menyebabkan anak pasangan terbabit berusia lapan tahun merajuk dan bertindak mengoyakkan surat tersebut.

Bapa mangsa kemudiannya memukul dan menggantung anaknya itu serta merakam kejadian.
Ibu mangsa yang menerima rakaman terbabit kemudian bertindak membuat laporan polis  

Bertindak atas laporan itu, kanak-kanak itu berjaya diselamatkan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Mangsa yang dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius dan turut diberi kaunseling bagi memulihkannya daripada trauma.

Jurucakap pihak berkuasa berkata, kanak-kanak terbabit dipukul hanya kerana mengoyakkan kertas penceraian yang disimpan oleh bapanya selain berang kerana mangsa juga merosakkan barangan di rumah dan memecahkan botol arak miliknya.

No comments:

Post a Comment