Friday, May 19, 2017

Itu duit tabung saya, saya kumpul nak bagi pada ustazah

Itu duit tabung saya, saya kumpul nak bagi pada ustazah
Syiling berjumlah 70 yang diberi Huda. - Foto Facebook Jamaliah Amirul
SHAH ALAM - Satu perkongsian oleh seorang guru mengenai hadiah yang diberi anak muridnya ketika sambutan Hari Guru semalam menjadi tular selepas dikongsi di laman Facebook.

Melalui perkongsian di Facebook Jamaliah Amirul, guru berkenaan menceritakan salah seorang pelajarnya, Huda sanggup mengeluarkan duit tabungnya sebagai hadiah sempena Hari Guru.

"Itu duit tabung saya. Saya kumpul nak bagi pada ustazah," kata Huda ketika ditanya Jamaliah kepada muridnya itu
Ditanya mengapa murid itu memberikan duit tabung kepadanya, Huda berkata, dia tidak mempunyai duit yang banyak dan tidak tahu membeli hadiah kepada ustazahnya itu.

Wang syiling berjumlah 70 sen itu dibungkus dalam kertas yang tertulis 'untuk Ustazah Jamaliah, sedap nama.'
Bungkusan syiling berkenaan diserahkan kepada Ustazah Jamaliah selepas seorang pembantu kantin menjumpainya di kantin sekolah berkenaan.

"Ya ALLAH dah 10 tahun mengajar ini pertama kali amat tersentuh dengan hadiah hari guru sebegini.
"Semoga murid ini membesar menjadi anak yang patuh dan taat pada perintah ALLAH, anak yang sangat solehah kepada ibu bapanya. Aamiin," tulis Jamaliah lagi.

Sejak dimuat naik semalam, posting berkenaan telah mendapat lebih 7000 like dan dikongsi lebih 2,000 pelayan Facebook.

No comments:

Post a Comment