Friday, May 19, 2017

Jenazah Thaqif: Hasil bedah siasat diketahui 2 minggu lagi

FMT | May 19, 2017
Walaupun pakar patologi mendapat beberapa penemuan hasil bedah siasat pertama namun mereka masih tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada
subramaniam
KUALA LUMPUR: Keputusan hasil bedah siasat ke-2 ke atas mayat khususnya sampel kaki Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 dijangka diketahui dalam tempoh 2 minggu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu sudah dijalankan namun punca kematiannya masih belum diketahui.
“Proses penggalian balik (mayat) dilakukan agar pakar patologi dapat menentukan punca kematian Thaqif.

“Walaupun kita mempunyai tentatif diagnosis tetapi saya tidak akan mengumumkan keputusan tersebut. Kita akan tunggu laporan akhir untuk mengetahui punca kematiannya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik yang ke-47 dan Jubli Emas Persatuan Orthopedik Malaysia (MOA) hari ini.

No comments:

Post a Comment