Tuesday, May 2, 2017

Kanak-kanak terselamat lepas dilanggar dua SUV

Sinar Harian
Kanak-kanak terselamat lepas dilanggar dua SUV
Kanak-kanak dua tahun terselamat selepas dilanggar dua SUV.
SICHUAN - CHINA. Seorang kanak-kanak dua tahun terselamat daripada maut selepas dilanggar oleh dua kenderaan SUV (kenderaan utiliti sukan) di sebuah jalan di Xichang itu, Isnin lalu.

Rakaman litar tertutup CCTV menunjukkan budak itu melintasi jalan raya di mana kesemua kenderaan berhenti bagi mematuhi lampu isyarat.
Kanak-kanak bertuah itu kemudiannya meneruskan langkah ke laluan bersebelahan di mana sebuah kereta SUV secara tidak sengaja terlanggar budak itu.

Terbaring dalam keadaan cedera, sebuah lagi SUV kelihatan melalui jalan sama tanpa sedar akan kehadiran kanak-kanak terbabit.
Ibu mangsa yang melihat kejadian bergegas mendapatkan anaknya yang terbaring di jalan raya.

Terselamat daripada maut, kanak-kanak itu disahkan hanya mengalami luka di bahagian dahi.

1 comment:

  1. Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
    > Hoki anda ada di sini <
    Agen Togel
    Agen Bola
    Agen Kasino
    Togel SGP
    Togel Hongkong
    Togel Sydney

    hubungi kami di :
    Line : togel118
    Bbm : D8AF7278
    Wa : +85592985834

    ReplyDelete