Saturday, May 27, 2017

Keluar parti taktik ‘bunuh’ PPBM menjelang PRU14. Ianya hanya tohmahan

 FMT| May 27, 2017
Pengerusi PPBM Perak berkata, tohmahan seumpama itu dibuat pihak-pihak yang tidak selari dengan perjuangan PPBM dan mereka yang tidak ikhlas dalam perjuangan.
bersatu-perak1
PETALING JAYA: Tuduhan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini dilanda kemelut dalaman dilakukan pihak-pihak yang ingin melihat parti itu gagal menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusi PPBM Perak, Faizal Azumu.

Beliau berkata, tohmahan seumpama itu dibuat pihak-pihak yang tidak selari dengan perjuangan PPBM dan tuduhan kononnnya berlaku amalan kronisme adalah petanda bahawa mereka tidak ikhlas dalam perjuangan dan tidak sesuai berada dalam mana-mana parti.

“Tidak ada kronisme dalam PPBM. Bagi mereka yang ingin lihat parti ini gagal, mereka akan kata macam-macam seperti kronisme, sekutu Umno, peribadi jahat dan sebagainya.
“Golongan ini adalah mereka yang mahu melihat kegagalan parti. Lain di mulut, lain di hati. Mereka tidak sesuai berada di parti mana sekalipun,” katanya kepada FMT, hari ini.

Faizal berkata demikian sebagai respons terhdap tindakan lebih 1,000 anggota PPBM Perak diketuai penaja bahagian PPBM Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja bahagian PPBM Teluk Intan, Jemaat Yaacob isytihar keluar parti semalam.

Mereka berkata, ia dilakukan susulan kegagalan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri.

Sebaliknya, tegas Faizal, Muhyiddin dengan dibantu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemudi parti dengan baik.
“Majoriti ahli menerima baik kepimpinan beliau. Dikhabarkan 1,000 yang keluar parti. Kami percaya ia tidak benar. Jumlah itu dipetik dari angin yang berlalu. Akan ada lagi usaha-usaha sebegini untuk memecah-belahkan parti.

“Semakin dekat dengan pilihan raya kami jangka akan ada lagi ahli-ahli yang akan keluar parti kononnya mereka tidak sehaluan dengan peringkat tertinggi parti dan membuat berbagai tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas.
“Hakikatnya, kepentingan-kepentingan peribadi melampaui kepentingan ramai yang tidak dapat dituruti,” kata beliau.

Sebelum ini, exco srikandi PPBM, Zulaiha Sidek turut bertindak meletak jawatan kerana hilang kepercayaan kepada parti dan mendakwa PPBM di Perak sedang bergolak.

No comments:

Post a Comment