Monday, May 8, 2017

Ku Nan kepada PAS: Walaupun terlanjur, boleh pulang ke pangkuan.

 | May 8, 2017
Umno sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur
ku-nan-pas-umno
PUTRAJAYA: “Semuanya terpulang kepada kepimpinan PAS sama ada mahu kembali kepada Umno,” kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangan supaya kedua parti itu bersatu.

Beliau berkata Umno parti inklusif yang sedia mendengar dan memberi peluang jika PAS ingin kembali kepada Umno dengan ikhlas dan jujur.
“Kita sebuah parti inklusif seperti yang disebut timbalan perdana menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di Sabah baru-baru ini dan belum terlambat lagi (untuk PAS kembali kepada Umno).
“Walaupun telah terlanjur, boleh pulang ke pangkuan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai cadangan supaya PAS kembali menjadi Biro Agama Umno sempena sambutan ulang tahun ke-71 Umno pada Khamis ini (11 Mei).
Menurutnya kedua-dua parti itu tidak mempunyai masalah dan terpulang kepada pucuk pimpinan PAS jika langkah itu difikirkan perlu untuk kebaikan negara, orang Melayu dan umat Islam.

Tengku Adnan berkata beliau juga pasti Anggota Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti perkara itu.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kehadiran beliau pada majlis pelancaran program tukun tiruan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 4 Mei adalah permulaan kepada politik matang antara parti itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
FMT

No comments:

Post a Comment