TAIPEI - TAIWAN . Seorang lelaki ditahan selepas memenggal kepala
adiknya di hadapan jiran mereka dalam insiden terbaharu selepas seorang
lelaki dipenjara seumur hidup selepas memenggal kepala seorang
kanak-kanak tiga tahun.
Lelaki berusia 54 tahun yang dikenali dengan nama keluarga Li memenggal
kepala adik perempuanya dengan pisau dapur di luar rumah mereka di
bandar Kaohsiung selatan selepas bertengkar.
Li dan adiknya, 52, kedua-duanya belum berkahwin tinggal bersama-sama
di bandar Kaohsiung selatan dan telah menjaga wanita yang merupakan
pesakit mental selama bertahun-tahun.
"Mangsa sepatutnya pergi ke hospital pagi ini dan mereka bertengkar
selepas wanita itu enggan. Li kemudian menyerang mangsa dengan pisau
dapur sehingga lehernya putus," kata pegawai dipetik AFP.
Televisyen tempatan memetik saksi sebagai berkata, wanita itu melutut
dan merayu kepada abangnya itu manakala jiran menjerit selepas mereka
melihat kepala mangsa yang terputus di kaki lima.
Sebelum ini, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun turut dipenggal
kepala oleh seorang pesakit mental, Wang Ching Yu di khalayak ramai
berhampiran stesen metro di Taipei tahun lalu
Lelaki itu bagaimanapun terlepas dari hukuman mati di mahkamah minggu lalu.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment