Monday, May 8, 2017

Nurul Izzah persoal peguam negara bela menteri dalam saman fitnah

FMT | May 8, 2017
Mahkamah menangguhkan saman fitnah naib presiden PKR itu ke atas ketua polis dan menteri atas tuduhan khianat selepas pertemuan di Filipina pada hujung 2015.
nurullaw1
KUALA LUMPUR: Saman fitnah Nurul Izzah Anwar berhubung tuduhan beliau seorang pengkhianat ditangguhkan hari ini selepas peguam mempersoalkan kewajaran Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diwakili peguam kerajaan.

Peguam Sivarasa Rasiah berkata anak guamnya mempersoalkan kewajaran Ismail, yang disaman bersama-sama Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, diwakili oleh Jabatan Peguam Negara.

“Dia (Ismail) buat kenyataan yang kita anggap fitnah dalam satu majlis anjuran Umno, bukannya majlis rasmi dan bukan apa-apa yang berkaitan dengan tugas rasminya sebagai menteri.
“Isu yang disentuh dalam percakapan dia tidak ada kena mengena dengan tugasnya sebagai menteri. Dalam konteks itu, ada persoalan yang wajar kenapa peguam negara mewakilinya dalam kes ini,” katanya.

Khalid dan Ismail disaman Nurul Izzah susulan kenyataan mereka mengenai pertemuan naib presiden PKR itu dengan Puteri Jacel Kiram III, anak kepada Jamalul Punjungan Kiram III, orang yang mengaku pewaris takhta kesultanan Sulu yang pernah memerintah Sabah, dan menjadi dalang serangan ke atas Lahad Datu pada awal 2013.

Susulan pertemuan itu dilaporkan, Khalid pada 22 November 2015 berkata beliau akan memanggil Nurul Izzah untuk mengetahui sama ada terdapat pihak tertentu di negara ini yang merancang pencerobohan di Lahad Datu pada 2013.

Khalid turut menyatakan Nurul Izzah mungkin disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Pada hari sama, Ismail berkata pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel adalah pengkhianatan kerana ahli keluarga terlibat dengan tragedi Lahad Datu.

Pertempuran di Lahad Datu antara sekumpulan pemisah dari Filipina tercetus pada 11 Feb 2013, dan tamat pada 24 Mac 2013, mengorbankan 56 militan dan 10 anggota tentera Malaysia.
Sivarasa berkata mahkamah hari ini mengarahkan plaintif dan defendan mencari penyelesaian melalui proses mediasi sebelum perbicaraan dilakukan.

“Kes ini belum dihantar kepada mediasi, ia amalan di Mahkamah Tinggi yang mana semua kes sebelum sampai ke bicara penuh perlu dihantar kepada mediasi. Ia satu percubaan untuk selesaikan kes,” katanya, dan menambah pihaknya bagaimanapun sedia untuk perbicaraan.
Sekiranya penyelesaian gagal, perbicaraan akan bermula pada 9 hingga 11 Ogos depan.

Nurul Izzah sebelum ini mempertahankan dirinya dan menjelaskan dia tidak pernah berkenalan dengan Jacel.
Jacel antara 15 tetamu yang dijemput penganjur program iaitu Council on Philippine Affairs & The Asian Institute for Democracy, pejabat Datuk Bandar Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina pada 9 November 2015.

Nurul Izzah menjelaskan Jacel bergambar dengannya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation Working Group on Arbitrary Detention) yang menggesa agar bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibebaskan.

1 comment:

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya dan beliau juga membantu untuk melariskan usaha/dagangan saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekarang saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) atau anda yg punya usaha ingin melancarkan usaha anda jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    ReplyDelete