Monday, May 1, 2017

PAS bukan parti 'kaki gaduh', tegas Hadi

1/5/17

MUKTAMAR | Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kritikan ke atas beliau yang didakwa sesetengah pihak suka bertengkar sehingga memutuskan hubungan dengan beberapa parti sejak 1978.

Hadi berkata, jika melihatkan analisis sejarah parti itu yang panjang , pihak-pihak lain yang telah memutuskan hubungan dengan PAS terlebih dahulu.
"BN tendang kita keluar dari Perikatan, Semangat 46 asingkan diri mereka dan pada tahun 2000, DAP tinggalkan Barisan Alternatif, dan sekali lagi, DAP pecat kami (daripada kerajaan Pulau Pinang)," kata Hadi pada sidang akhbar selepas menutup Muktamar PAS ke-63 di Alor Setar, Kedah.

DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001 selepas PAS berkeras dengan pembentukan negara Islam dan pada tahun 2015, DAP memecat PAS dari Pulau Pinang dan membentuk kerajaan dengan PKR dan Parti Amanah Negara.
Mereka berbuat demikian selepas muktamar PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP ekoran kritikan parti itu ke arah rancangan Hadi untuk meminda undang-undang hudud di Parlimen.

Label "kaki gaduh" muncul dalam blog dan media sosial dengan pengkritik PAS yang mengecam parti itu kerana merancang untuk memutuskan hubungan dengan sekutu lama, PKR.

1 comment:

  1. Hahaha...pak lebai syok sendiri kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan benar!!!

    Ini lah dikatakan lebai tak sedar diri!!!

    ReplyDelete