Tuesday, May 16, 2017

Pas kata tidak akan hadir Kongres PKR

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR - Pas masih belum menerima sebarang jemputan daripada PKR untuk menghadiri kongres parti itu, pada 19 Mei hingga 21 Mei ini.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bagaimanapun tidak akan hadir walaupun menerima jemputan.
"Kita belum terima lagi (jemputan). Tetapi rasanya tidak mungkin kita akan hadir," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Hari ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, Pas belum memberi pengesahan kepada jemputan rasmi yang dihantar kepada parti itu untuk menyertai Kongres PKR.

Katanya, keputusan untuk menjemput Pas dibuat sebelum parti Islam itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Pada 11 Mei lalu, hubungan Pas dan PKR berakhir selepas Majlis Syura Ulamak membuat ketetapan tahaluf siyasi kedua-dua parti terbatal serta merta.

No comments:

Post a Comment