Sunday, May 21, 2017

Penyebaran poster ‘Kabinet Harapan’ dakyah musuh politik, kata PKR

 | May 21, 2017
Poster yang memaparkan Wan Azizah sebagai perdana menteri dan Lim Guan Eng sebagai timbalannya diletakkan di tangga menuju ruang media di Kongres PKR hari ini.
fahmi-pr
SHAH ALAM: Poster memaparkan barisan calon anggota jemaah menteri Pakatan Harapan ditemui di tangga menuju ke ruang media yang membuat liputan di Kongres Nasional PKR ke-12 hari ini.

Ia menyenaraikan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan menteri dalam negeri, manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai timbalannya dan selaku menteri kewangan.

Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang namanya dispekulasikan sebagai calon perdana menteri, diletakkan sebagai menteri pendidikan, sementara Presiden Amanah Mohamad Sabu dimuatkan sebagai menteri penerangan dan komunikasi.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga menjadi pilihan sebagai calon perdana menteri tidak tersenarai. Anaknya, Datuk Seri Mukhriz dimasukkan sebagai menteri perdagangan antarabangsa.

Menghairankan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah, Darrell Leiking turut dimasukkan dalam poster itu.
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata penyebaran poster berkenaan hanyalah dakyah musuh politik PKR dan PH.

“Jika adapun, ia tidak akan ditinggalkan di tangga seperti ini, ia akan dicanang sepelusuk negara di atas pentas-pentas ceramah.
“Tetapi terima kasih kepada mereka yang berusaha untuk meletakkan idea dalam fikiran rakyat bahawa PKR dan Pakatan Harapan sudah sedia untuk mengambil alih Putrajaya,” katanya.

Pakatan Harapan setakat ini masih belum menamakan calon perdana menteri mereka menghadapi pilihan raya akan datang. Ia juga tidak membentuk sebarang kabinet bayangan.
FMT

No comments:

Post a Comment