Malaysiakini 15/5/17
Pertubuhan pendesak Melayu (PERKASA) hari ini melancarkan ‘perang’
terhadap parti komponen BN, MIC berikutan kenyataan mengaitkan NGO
berkenaan dengan kumpulan militan IS kerana mempertahankan pendakwah Dr
Zakir Naik.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali
berkata pihaknya akan memulakan kempen tolak MIC bermula Jumaat ini di
Parlimen Segamat yang merupakan kawasan kerusi Presiden MIC, Datuk Seri
Dr S Subramanian.
"Kenyataan yang jelas menyatakan PERKASA cuba semarakan IS di
Malaysia sangat biadap, kurang ajar dan membabi buta. Kenyataan itu
membuatkan PERKASA hilang sabar.
"Kami rasa ini kenyataan yang paling jahat sekali yang mana seorang
pemimpin MIC yang anggota partinya tak seberapa, yang menang kerusi tak
seberapa atas undi Melayu mengelurkan kenyataan biadap terhadap PERKASA.
"Maksudnya dia cari pasal sebenarnya," kata Syed Hassan pada sidang media di ibu pejabat PERKASA Kuala Lumpur, hari ini.
Syed Hassan berkata demikian ketika mengulas laporan portal The Star Online bertajuk "Take Action Against Zakir Naik, MIC Urges Police" bertarikh 12 Mei lalu.
Mengulas lanjut, Syed Hassan berkata meskipun laporan akhbar tersebut
tidak secara langsung mengaitkan PERKASA dengan IS tetapi berlainan
dengan beberapa maklumat yang diterima NGO itu.
"The Star 'play safe' tak petik keseluruhan kenyataan Vell
Paari tapi kami jumpa kenyataan bertulis beliau dalam satu kumpulan
WhatsApp dan sebuah portal berita yang kami sendiri tak tahu siapa,"
kata Syed Hassan.
Oleh demikian, Syed Hassan mendesak Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S
Vell Paari menafikan kenyataan itu sekali gus memohon maaf.
"Kita anggap itu kenyataan beliau walaupun ia samar-samar tetapi kalau tak benar kita minta dia nafikan.
"Jika, beliau tidak nafikan barisan peguam kami akan lanjutkan tindakan undang-undang," kata Syed Hassan.
Selain itu, Syed Hassan berkata PERKASA akan berkempen bahawa adalah
haram untuk umat Islam mengundi MIC pada pilihan raya umum (PRU) ke 14
akan datang.
"Kita akan kempen kepada umat Islam bahawa mengundi MIC adalah haram
kerana mereka menghina Islam, berapa kali kenyataaan MIC menghina Islam?
"Jadi, hari ini kita lancarkan perang kerana kami dan hilang sabar," katanya.
No comments:
Post a Comment