Friday, May 19, 2017

Persatuan penerbit: Insiden tampar memalukan, calar imej penggiat seni

 | May 18, 2017
Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia yakin David Teo tidak berniat bertindak biadab atau merosakkan Dialog TN50 dan kejadian itu berlaku tanpa dirancang.
Jurey-Latiff--ptvmKUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) hari ini memohon maaf bagi pihak ahlinya, Metroweatlh (MIG) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutifnya David Teo yang didakwa bersikap biadap semasa sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Perdana Menteri semalam.

Presiden PTVM, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya yakin Teo tidak berniat untuk berlaku biadab atau merosakkan majlis dan kejadian itu berlaku tanpa dirancang.

“Ini satu kerugian besar yang mana peluang baik disia-siakan dengan insiden buruk tersebut. Harapan saya sebagai presiden PTVM, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat memaafkan David dan Mat Over serta tidak serik untuk terus membantu industri kreatif negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, pelakon Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar Teo sehingga sesi Dialog TN50 Perdana Menteri bersama Penggiat Seni yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya dihentikan seketika.

Kekecohan bermula apabila Teo menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang berperanan sebagai moderator didakwa hanya memberi fokus kepada penonton di barisan depan, sebelum tiba-tiba ditampar Mat Over.

Jurey turut menyuarakan kekesalannya kerana pengisian program dan perancangan untuk kemajuan industri kreatif serta masa depan penggiat seni seperti yang dirancang tidak diperkatakan apabila ia ditenggelami insiden berkenaan.

Katanya, kejadian tersebut amat memalukan dan mencalar imej penggiat seni apabila ia berlaku di depan pemimpin sehingga tular dan ditafsirkan dengan pelbagai komen. FMT

No comments:

Post a Comment