Tuesday, May 9, 2017

'Persetankan' pihak cemburu dengan S'gor, kata Azmin

Malaysiakini 9/5/17
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta rakyat di negeri itu agar 'persetankan' pihak yang mengadu domba mengenai kestabilan politik di Selangor.
Malah, Azmin yang juga timbalan presiden PKR memberi jaminan bahawa pentadbiran kerajaan negeri itu akan kekal stabil dan utuh demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Kita 'persetankan' yang mabuk mencari publisti dan populariti murahan, mana-mana pihak temasuk individu atau kumpulan, yang cuba khianati amanah ini akan kita perangi habis-habisan dalam negeri Selangor.
"Kita akan terus fokus menggalas amanah ini, demi memberi perkhidmatan terbaik," kata Azmin ketika berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Anugerah Jasamu Dikenang 2017 di Shah Alam, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam catatan di blognya baru-baru ini berkata, konflik dalaman dan perpecahan dalam pakatan pembangkang tidak baik untuk pembangunan negara yang memerlukan kestabilan politik

No comments:

Post a Comment