5 Mei 2017
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli hari ini melampirkan
pendapatan dan perbelanjaan NGO Invoke dan NOW sejak ditubuhkan,
sepertimana yang dituntut oleh Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly.
Ujar Rafizi, walaupun, beliau tidak perlu melayan karenah Adam, namun
sebagai bekas penjawat awam, beliau perlu tangkas memberi jawapan dalam
semua isu bersabit ketelusan.
"Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan
bagi Invoke dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B,"
katanya yang melampirkan perkara itu dalam satu kenyataan medianya hari
ini.
[ARTIKEL BERKAITAN:Sudah lama bersabar dengan Rafizi]
Terdahulu, Sinar Online melaporkan Adam bertegas bahawa beliau sudah hilang sabar dengan perilaku Rafizi.
Adam berkata, beliau dan beberapa pemimpin parti telah lama bersabar dengan Rafizi bagi memelihara perpaduan dan reputasi PKR.
Oleh itu menurutnya, beliau kini tidak lagi boleh mendiamkan diri
berhubung kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi
pihak Rafizi (NGO Invoke dan NOW).
Mengulas lanjut Rafizi berkata Invoke adalah sebuah syarikat berdaftar
dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta
Syarikat.
"Tahun kewangan Invoke Solutions Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017," katanya lagi.
Katanya, laporan kewangan yang telah diaudit perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang.
"Penyata kewangan Invoke hanya boleh diaudit selepas 31 Disember 2017
dan selepas itu, orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan Invoke
dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM," katanya.
Sementara itu, katanya Now juga adalah sebuah syarikat berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat.
"Tahun kewangan Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017," katanya.
Sementara itu, laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2015
yang telah diaudit dan difailkan dengan SSM mengikut undang-undang
disertakan di dalam Lampiran B.
"Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2016 sedang disediakan dan diaudit," katanya.
ketua amk biadap pd naib presiden. mesti ada org kuat belakang dia. yg beri sokongan dan kemewahan. sapa beri title dato pd budak hingusan tu? besar sgt ke jasa pd rakyat hingga dpt penghargaan dato?
ReplyDeleteyg zuraidah bela2 mati2an budak ni knp ek?
Kemarin saya menang togel itu saya minta angka sama MBAH SERO angka yang di berikan MBAH SERO 4d tembus 100% syukur alhamdulillah dapat kemenangan 225.juta sudah banyak paranormal yang saya datangi itu angkanya tidak perna tembus selalu meleset nambah hutang aja dan baru kali ini saya menang saya minta angka sama MBAH SERO hutang saya yang di BANK sudah saya bayar semua ini berkat bantuan MBAH SERO insya allah saya akan minta angka lagi sama MBAH karna saya sudah percaya sama MBAH karna saya sudah lihat buktinya para pemain togel yang punya hutang jika mau hutangnya lunas hubungi MBAH SERO minta angka jitu di nomor 082-370-357-999 atau kunjungi situs MBAH silahkan anda KLIK DISINI
DeleteAiiikkk???..... Biar betul Tuan Arnab Jingga.......dah main bela bela bagai ni dah kira tuduhan berat ni tuan.
ReplyDeleteKot kot Zuraidah kene buat SD nih !!!
Bukan ke budak Adam ni dulu dok dalam Pas.......buakan ape......nanti kot ade lak mamat yg kate budak Adam ni "Kuda Trojan"