Tuesday, May 30, 2017

Rempuhan stadium ragut empat nyawa termasuk bayi

Sinar Harian
Rempuhan stadium ragut empat nyawa termasuk bayi
Anggota penyelamat menyelamatkan penyokong yang cedera dalam insiden rempuhan di Stadium Nasional.
TEGUCIGALPA - HONDURAS. Sekurang-kurangnya empat terbunuh, manakala 25 yang lain cedera selepas ribuan peminat bola sepak merempuh masuk stadium untuk menonton perlawanan apabila polis melepaskan gas pemedih mata, kelmarin.

Jurucakap  Hospital Universiti Perguruan, Miguel Osorio berkata, mangsa meninggal dunia akibat lemas dan patah tulang kerana dipijak.
"Seorang bayi dalam kandungan turut maut selepas ibunya cedera parah disebabkan rempuhan," katanya.

Rempuhan di Pintu 11 Stadium Nasional Honduras berlaku sebaik peminat berasak untuk perlawanan Motagua dan Honduras Progreso.
Stadium berkenaan berkapasiti 30,000 telah penuh dan ribuan peminat gagal mendapatkan tiket bertindak merempuh pintu pagar. - AP

No comments:

Post a Comment