Presiden Warisan yakin rakyat Sabah akan memilih partinya jika mereka mahukan kerajaan baharu.
BEAUFORT:
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal menggesa
rakyat Sabah mengundi parti untuk menggantikan BN pada pilihan raya
umum akan datang.
Menjawab soalan pemberita selepas majlis sambutan Pesta Kaamatan di
sini hari ini, beliau ditanya bagaimana Warisan akan menangani
pertembungan dengan parti lain di Sabah.
“Rakyat Sabah pilihlah parti yang boleh tumbangkan BN. Jangan undi
parti yang hanya boleh wujudkan wakil rakyat. Undi parti yang boleh
wujudkan kerajaan baharu,” katanya.
Beliau yakin pengundi akan memilih Warisan jika rakyat Sabah mahukan kerajaan baharu.
“Saya yakin mereka akan memilih Warisan kerana Warisan ada kemampuan dan keupayaan menumbangkan BN.”
Selain Warisan dan BN, Pakatan Harapan dan Gabungan Sabah (USA) turut menyatakan hasrat bertanding pada pilihan raya umum ke-14.
USA, yang aktif sejak 2 tahun lalu, terdiri daripada Parti Solidariti
Tanah Airku (Sabah STAR) yang dipimpin Datuk Jeffrey Kitingan, Parti
Progresif Sabah (SABB) yang dipimpin Datuk Seri Yong Teck Lee, Parti
Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) yang dipimpin Datuk Seri Lajim
Ukin dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) yang dipimpin Arshad Abdul
Mualap.
Menurut laporan Malay Mail Online bulan lepas, Parti Cinta Sabah
menarik diri daripada USA kerana mengharapkan gabungan parti pembangkang
yang hebat dapat dibentuk di Sabah.
No comments:
Post a Comment