Sinar Harian
BRITISH COLUMBIA - KANADA. Seorang kanak-kanak berdepan detik cemas
selepas ditarik oleh seekor singa laut ketika melawat sebuah pantai di
sini.
Kanak-kanak itu ditarik ke dalam air oleh singa laut ketika dia duduk
melihat haiwan itu di Steveston Fisherman Wharf Richmond, British
Columbia.
Michael Fujiwara yang dipercayai merakamkan insiden itu berkata,
kanak-kanak itu diselamatkan oleh saudara mara dan orang ramai yang
berada di tempat kejadian.
Dalam video tular berdurasi 55 saat itu, singa laut itu pada mulanya
dilihat mendekati kanak-kanak itu dan ketika kanak-kanak itu duduk,
haiwan itu terus menarik belakang baju kanak-kanak itu sehingga terjatuh
ke dalam air.
Tiada kecederaan dilaporkan.
Difahamkan, kanak-kanak itu dilihat ketakutan dan menjerit memanggil datuknya.
No comments:
Post a Comment