PAS Wilayah Persekutuan mahu menghapuskan 'khurafat'
kononnya parti 'pak lebai' tidak mampu keluar dari Pantai Timur dan
Utara Semenanjung.
KUALA
LUMPUR: Masih terluka dipanggil “pak lebai”, PAS Wilayah Persekutuan
mahu menghapuskan sindiran parti lawan dengan meletakkan calon di kerusi
Putrajaya, yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN).
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata,
PAS harus membuktikan mereka lebih dari sekadar parti “pak lebai” yang
hanya boleh menguasai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
“Kita mesti pecahkan ‘khurafat’ ini. Kita kena bertanding di
Putrajaya,” katanya dalam ucapan di Konvensyen Pilihan Raya PAS Wilayah
Persekutuan hari ini.
“Kita pastikan perjuangan PAS boleh diterima seluruh masyarakat,” tambahnya.
Beliau berkata demikian merujuk kepada sindiran Timbalan Presiden
PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selepas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan rancangan menawan
Selangor.
“Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun tersungkur,”
kata Azmin di Twitter 21 Mac lepas, dipercayai ditujukan kepada Nik
Abduh, yang tewas dalam pemilihan kawasan Pengkalan Chepa.
Mohamad hari ini menyifatkan pandangan yang mahu mengehadkan peluang
PAS kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja sebagai
kenyataan bongkak dan sombong.
“Sebab itu DAP berani sebut PAS bertanding 4 buah negeri ini sahaja biar bandar-bandar ini dia yang tanding,” katanya.
Pada PRU-13, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menewaskan
pencabarnya, Datuk Husam Musa, yang ketika itu bertanding atas tiket
PAS, dengan majoriti 5,541 undi. Daripada 15,791 pengundi berdaftar, BN
peroleh 9,943 undi manakala PAS 4,402.
Mohamad hari ini menyifatkan pandangan yang mahu menghadkan peluang PAS kepada Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja sebagai kenyataan bongkak dan sombong.
ReplyDeletePak lebai weh!! Cakap tu biarlah nampak macam berakal sikit!! Jangan nanti ditololkan oleh kepala lebai kamu sendiri yang bersemayam di Marang nung kerana gagal mengukur baju di badan sendiri.
Kamu yg bercakap sombong, ngatakan orang pulok yang sombong!!