Thursday, June 15, 2017

2 juruterbang TUDM terbunuh, pesawat Hawk masih dicari

 | June 15, 2017
Pasukan penyelamat menjumpai mayat kedua-dua mereka dan payung terjun yang digunakan bagi menyelamatkan diri.
HawkPETALING JAYA: Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang hilang bersama sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 pagi tadi ditemui meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan.Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata mayat kedua-dua mereka dijumpai di sebuah kawasan hutan paya di Chukai, Terengganu. Bagaimanapun, bangkai pesawat itu masih belum ditemui.
Hawk-TUDM-pilots
Mejar Mohd Hasri Zahari (kiri) dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.
Juruterbang malang itu ialah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, jurulatih penerbang pesawat yang sudah berkhidmat kira-kira 19 tahun, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, yang berkhidmat 13 tahun.
Jenazah mereka kini dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan untuk bedah siasat.
Kemalangan itu merupakan kali ke-5 melibatkan jet Hawk 108.

Pasukan mencari dan menyelamat dilancarkan sejurus selepas pesawat itu terputus hubungan pada jam 11.30 pagi tadi dilaporkan menjumpai payung terjun di kawasan pencarian di utara Kuantan.
Pesawat itu berlepas dari Pengkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi.

Hawk 108 merupakan pesawat buatan Britain dan mula digunakan TUDM sekitar 1996.
Ia merupakan pesawat latihan lanjutan dan pesawat pejuang ringan yang boleh ditugaskan sebagai pesawat bantuan rapat udara.

Kejadian terakhir yang membabitkan kemalangan pesawat TUDM berlaku tahun lalu apabila sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pengkalan Udara TUDM di Pulau Pinang, mengorbankan seorang juruterbang.

No comments:

Post a Comment