KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali
lagi memfailkan permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman
penjara atas kesalahan liwat.
Kali ini beliau mendakwa tidak mendapat perbicaraan yang adil susulan
pendakwaan dikendalikan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Anwar selaku plaintif memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur melalui peguamnya N. Surendran hari ini dengan menamakan
Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan Najib bayar Shafee tidak benar]
Melalui saman itu, Anwar mendakwa perbicaraan kes liwat yang
dihadapinya dikendalikan peguam yang dilantik oleh pendakwa raya yang
bertentangan dengan amalan biasa kamar peguam negara dan pendakwa raya.
Dakwanya, peguam tersebut iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
mengendalikan kes dengan sikap melampau dan tidak adil, yang bercanggah
dengan prinsip amalan pendakwaan.
Menurutnya beliau baharu mendapat tahu bahawa Muhammad Shafee dibayar
RM9.5 juta oleh Datuk Seri Najib Razak dan menyifatkan peguam tersebut
bukan pendakwa yang bebas kerana mempunyai kepentingan kewangan secara
langsung.
"Sebagai orang yang dituduh, saya berhak mendapat perbicaraan yang adil
di semua peringkat proses penghakiman termasuk pendakwaan oleh peguam
yang bebas dan tidak terpengaruh oleh pihak ketiga melalui dorongan
berbentuk kewangan," katanya.
Tambahnya, kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Nancy Shukri semasa di parlimen bahawa Muhammad Shafee dibayar RM1000
bagi mengendalikan pendakwaan tidak tepat, kerana hakikatnya dibayar
sebanyak RM9.5 juta melalui dua peringkat.
Sehubungan itu, Anwar menuntut deklarasi bahawa sabitan oleh Mahkamah
Rayuan atas pertuduhan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertarikh 7
Mac 2014 dan perintah Mahkamah Persekutuan bertarikh 10 Februari 2015
yang mengesahkan perintah mahkamah rayuan adalah bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan, tidak sah dan terbatal.
Semoga berhasil. Lawan tetap lawan. Insya-Allah. Amin.
ReplyDeleteterdapat Unsur RASUAH dlm kes Liwat Anwar.silap silap Hakim oun terlibat sama.Harap KPN KHALID TIDAK BERAT SEBELAH MENYIASAT KES RASUAH SHAFEE INI.GO PDRM GO
ReplyDelete