Monday, June 12, 2017

Cikgu menyamar perempuan duduki ujian untuk pelajar

Cikgu menyamar perempuan duduki ujian untuk pelajar
Liberty Mathinga ditahan kerana menyamar.
CHITUNGWIZA - ZIMBABWE. Seorang tutor lelaki ditahan selepas menyamar menjadi wanita bagi menduduki peperiksaan untuk seorang pelajarnya di Sekolah Tinggi Seke Mhuriimwe di sini.

Penyamaran Liberty Mathinga terbongkar ketika dia menduduki kertas bahasa Inggeris Kertas 1 selepas dia berjaya menduduki peperiksaan kertas Matematik kertas 1 dan Perdagangan untuk pelajarnya Tsitsi Chitima, 38.

Polis menahan Liberty yang berpakaian wanita dan memakai solekan serta rambut palsu selepas pengawas peperiksaan Yvonne Mutsu Mawokomatanda curiga dengan tindak tanduk lelaki itu dan memaklumkan kepada penyelianya.
Liberty dan Tsitsi dibawa ke Balai Polis St Mary.

Timbalan jurucakap Polis Ketua Penguasa Paul Nyathi mengesahkan penangkapan itu dan menggesa orang ramai supaya tidak melanggar undang-undang dengan melibatkan diri dalam kegiatan jenayah untuk mencapai apa yang mereka mahu.

"Polis menahan seorang lelaki yang menyamar untuk menduduki peperiksaan di Chitungwiza.
"Lelaki itu memakai pakaian perempuan dan polis telah dimaklumkan oleh penyelia peperiksaan yang membawa kepada penangkapannya," katanya dipetik Bulawayo24.com

Sementara itu, dalam temu bual dengan 11-Metro, Tsitsi yang disertai oleh suaminya berkata, dia tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan dan terpaksa membayar tutornya bagi mengambil tiga kertas peperiksaan.

"Saya tidak bersedia untuk peperiksaan dan bersetuju memberikan separuh bayaran sehinggalah dia menduduki tiga peperiksaan untuk saya.
"Suami saya bagaimanapun tidak mengetahui mengenai perjanjian tersebut," katanya.

Menurut Tsitsi, dia pernah gagal tiga subjek pada tahun 1997 dan mengupah lelaki berkenaan untuk lulus bagi memudahkannya mendapat pekerjaan kelak,"ujarnya.
Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami Dan Dapatkan pinjaman anda dalam masa 48 jam Whatsapp +13176681073

    ReplyDelete