CHITUNGWIZA - ZIMBABWE. Seorang tutor lelaki ditahan selepas menyamar
menjadi wanita bagi menduduki peperiksaan untuk seorang pelajarnya di
Sekolah Tinggi Seke Mhuriimwe di sini.
Penyamaran Liberty Mathinga terbongkar ketika dia menduduki kertas
bahasa Inggeris Kertas 1 selepas dia berjaya menduduki peperiksaan
kertas Matematik kertas 1 dan Perdagangan untuk pelajarnya Tsitsi
Chitima, 38.
Polis menahan Liberty yang berpakaian wanita dan memakai solekan serta
rambut palsu selepas pengawas peperiksaan Yvonne Mutsu Mawokomatanda
curiga dengan tindak tanduk lelaki itu dan memaklumkan kepada
penyelianya.
Liberty dan Tsitsi dibawa ke Balai Polis St Mary.
Timbalan jurucakap Polis Ketua Penguasa Paul Nyathi mengesahkan
penangkapan itu dan menggesa orang ramai supaya tidak melanggar
undang-undang dengan melibatkan diri dalam kegiatan jenayah untuk
mencapai apa yang mereka mahu.
"Polis menahan seorang lelaki yang menyamar untuk menduduki peperiksaan di Chitungwiza.
"Lelaki itu memakai pakaian perempuan dan polis telah dimaklumkan oleh
penyelia peperiksaan yang membawa kepada penangkapannya," katanya
dipetik Bulawayo24.com
Sementara itu, dalam temu bual dengan 11-Metro, Tsitsi yang disertai
oleh suaminya berkata, dia tidak bersedia untuk menduduki peperiksaan
dan terpaksa membayar tutornya bagi mengambil tiga kertas peperiksaan.
"Saya tidak bersedia untuk peperiksaan dan bersetuju memberikan separuh
bayaran sehinggalah dia menduduki tiga peperiksaan untuk saya.
"Suami saya bagaimanapun tidak mengetahui mengenai perjanjian tersebut," katanya.
Menurut Tsitsi, dia pernah gagal tiga subjek pada tahun 1997 dan
mengupah lelaki berkenaan untuk lulus bagi memudahkannya mendapat
pekerjaan kelak,"ujarnya.
Kedua-dua mereka akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.
Adakah anda memerlukan kelayakan Perniagaan mudah atau pinjaman peribadi dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Untuk memohon, mendapatkan berhubung dengan kami Dan Dapatkan pinjaman anda dalam masa 48 jam Whatsapp +13176681073
ReplyDelete