Friday, June 9, 2017

Geng Susu Kangkang masuk jerat lagi!


Geng Susu Kangkang terjerat lagi!
Mohd Zani (tengah) menunjukkan susu rumusan bayi yang dirampas.
PETALING JAYA - Tidak Serik! Biar pun pernah dipenjarakan kerana kesalahan jenayah, Geng Susu Kangkang dicekup sekali ketika dipercayai hendak melakukan jenayah curi susu rumusan bayi.

Kejayaan ini susulan laporan yang diterima berhubung penahanan seorang lelaki pada 20 Mei lalu di sebuah pusat beli-belah di Kelana Jaya, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki terbabit ditahan oleh pengawal keselamatan selepas disyaki mencuri susu bersama beberapa rakannya.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek bertindak kasar dengan mencederakan pengawal keselamatan itu menggunakan pisau sebelum melarikan diri.
"Bertindak hasil risikan dan maklumat, polis berjaya menahan empat individu membabitkan dua wanita dan dua lelaki berhampiran kedai serbaneka di Dataran Sunway, Petaling Jaya, kira-kira jam 6.55 petang, kelmarin.

Susu yang dirampas.
"Ketika itu, dipercayai suspek hendak melakukan curi di premis terbabit," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.
Mohd Zani berkata, siasatan dapati Geng Susu Kangkang ini didalangi salah seorang wanita berusia 38 tahun itu. Malah, semakan rekod dapati geng ini pernah dipenjara dan baru dibebaskan tahun lalu kerana kesalahan mencuri.

Memberitahu tentang modus operandi, beliau berkata, dua wanita ini akan masuk ke dalam premis dengan mengenakan pakaian bersaiz besar sambil diperhatikan suspek lelaki. Wanita akan mengambil susu rumusan bayi tin atau kotak sebelum disorokkan dicelah kangkang.

Antara pakaian yang digunakan suspek untuk menyembunyikan susu dicelah kangkang.
"Suspek lelaki ini berperanan untuk melindungi wanita terbabit dan sekiranya tertangkap, lelaki terbabit akan menyerang pengawal itu sebelum melarikan diri.
"Susu yang berjaya dicuri akan dijual di kedai-kedai di kawasan rumah kongsi atau kedai runcit tertentu," katanya.

Kesemua suspek berusia 25 hingga 49 tahun direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian

No comments:

Post a Comment