Saturday, June 3, 2017

Harap manifesto baharu bawa berita gembira

Mazlan Aliman
Mazlan Aliman
SHAH ALAM – Bersempena dengan pengumuman rasmi logo baharu Pakatan Harapan pada minggu hadapan, satu manifesto turut sama disepakati.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, sudah semestinya, manifesto tersebut diharapkan akan memberikan tawaran terbaik buat warga Felda.
“Saya ingin tahu apakah tawaran buat para peneroka, Generasi Kedua Felda dan masyarakat Felda pada keseluruhannya.

“Anak bersedia berkongsi pandangan demi menghasilkan tawaran terbaik untuk warga Felda yang muram dan murung di zaman Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.
Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Amanah turut berharap kepimpinan Pakatan Harapan akan membawa perubahan sebenar untuk rakyat.

“Tolong jangan dihampakan rakyat jelata yang sekian lama bernasib malang.
“Hentikan kemelut sesama sendiri. Jangan dibawa DNA BN dalam Pakatan Harapan. Tangani apa jua masalah secara matang daripada iktibar masa lalu,” katanya.

Jelasnya, Pakatan Harapan bukan milik Amanah, PKR, DAP dan Bersatu sahaja, ia milik seluruh rakyat Malaysia yang idamkan perubahan.
“Semoga Ramadan ini akan menyatu dan menginsafkan kita semua demi Selamatkan Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment