15/6/17
Laporan Datuk Seri Idris Jala mengenai kemelut yang melanda Felda
Global Ventures Holdings Berhad (FGV) perlu bersifat pendedahan
menyeluruh, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Ia juga seharusnya bukan sekadar 'menutup' kegagalan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak dalam memastikan Felda dan FGV menjaga kebajikan
peneroka dan bukan kroni Umno, kata beliau.
"Ia cepat," demikian yang tertera dalam perenggan pertama kenyataan
media Lim mengenai pengumuman Najib bahawa Idris telah menyiapkan
laporan mengenai FGV.
"Apakah Idris menjadi superman atau pekerja hebat dalam transformasi
kerajaan yang boleh menentukan punca kompleks dan penyelesaian krisis
FGV RM13 bilion dalam tempoh seminggu.
"Atau semua fakta dan maklumat tentang krisis Felda/FGV dalam
pemilikan Jabatan Perdana Menteri, kerana perdana menteri
bertanggungjawab secara langsung bagi hal ehwal Felda/FGV dan isu
sebenar kegagalan perdana menteri terhadap tanggungjawab untuk
menyelamatkan Felda dan FGV dalam tempoh lima tahun yang lalu," kata
Lim.
Lim juga menyatakan bahawa Idris merupakan menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan
Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dari 2009 hingga 2015.
Oleh itu, Lim mengulangi gesaannya supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja
(RCI) ditubuhkan bagi kemelut tersebut dan mempersoalkan bagaimana
Idris membenarkan Felda dan FGV menjurus kepada keadaan yang sedemikian.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment