Sinar Harian
JURU - Misteri bau busuk daripada sebuah rumah di Blok B, Flat Bayu
Mutiara di sini terungkai apabila polis menemui mayat pasangan kekasih
didalam bilik rumah berkenaan petang semalam.
Mayat lelaki berusia 47 tahun dan kekasihnya berusia 35 tahun itu
ditemui sudah hampir mereput dipercayai telah meninggal dunia lebih
daripada tempoh 48 jam.
Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan tinggal bersama sejak lima tahun
lalu di rumah berkenaan dan mereka dikatakan dalam perancangan untuk
berkahwin tidak lama lagi.
Menurut seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata,
kali terakhir dia melihat pasangan berkenaan pada Rabu lalu dan selepas
itu dia tidak lagi melihat mereka keluar atau masuk ke rumah berkenaan.
"Mereka tidak terlalu bercampur dengan penduduk di sini dan tidak juga mendatangkan masalah kepada jiran-jiran lain.
"Sejak beberapa hari lalu bau busuk mula terhidu daripada rumah mereka
dan kami yang curiga dengan bau berkenaan bertindak melaporkan kepada
pengurusan flat sebelum salah seorang penduduk melaporkan kepada polis,"
katanya ketika ditemui media di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten
Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, polis yang menerima
laporan daripada orang awam mengenai misteri bau busuk itu kira-kira jam
3.50 petang segera ke lokasi kejadian bagi melakukan pemeriksaan.
Menurutnya, ketika pemeriksaan dibuat menemui kedua-dua mayat berkenaan
dalam keadaan terbaring dan polis mengesyaki pasangan terbabit
bertindak bunuh diri bersama.
"Ahli keluarga kedua-dua pasangan mengetahui hubungan percintaan mereka
dan telah dimaklumkan mengenai hasrat untuk berkahwin namun tidak
menyangka mereka akan bertindak demikian.
"Setakat ini kita mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan kita
akan membuat siasatan lanjut mengenai punca mereka mereka berbuat
demikian berpandukan sekeping nota yang ditinggalkan," katanya.
No comments:
Post a Comment