Friday, June 16, 2017

Moga Allah selamatkan Qatar


Malaysiakini 15/6/17
Di tengah-tengah tekanan serantau, Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini menyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan Qatar.

“Semoga Allah menyelamatkan Qatar dari rancangan jahat pihak yang ingin memusnahkannya,” katanya.
Qatar sekarang berdepan pemulauan beberapa negara Arab, diketuai Arab Saudi, yang memutuskan hubungan diplomatik dan menutup sempadan mereka dengan negara itu.

Langkah drastik itu diambil selepas mendakwa Doha menyokong keganasan dan kumpulan pelampau. Qatar menolak tuduhan itu.
Menulis di Facebook semalam, Asri berkata walaupun Qatar hanya sebuah negara kecil dan tidak mempunyai ramai penduduk, “jiwa mereka besar maka kadar keberaniannya pun besar”.
Beliau memuji pendirian Qatar dalam banyak isu, termasuk berkaitan kepentingan rakyat Palestin.
Mengulas media berpengaruh negara itu Al Jazeera, Asri berkata sekali pun ada kekurangan, sekurang-kurangnya dapat mengimbangi “pembohongan media anti-Islam”.

“Musuh merancang untuk memadamkan peranan Qatar tersebut.
“Ya Allah! Selamatkan umat ini daripada ditipu oleh musuh-musuh mereka,” katanya.


DrMAZA.com
on Wednesday
Doa Kita Buat Qatar
Semoga Allah menyelamatkan Qatar dari rancangan jahat pihak yang ingin memusnahkannya. Qatar sebuah negara kecil, rakyatnya sedikit lebih daripada rakyat Perlis sahaja. Namun jiwa mereka besar maka kadar keberaniannya pun besar. Pendirian Qatar dalam banyak isu umat Islam boleh dipuji khususnya dalam isu rakyat Palestin. Channel Al-Jazeera sekali pun ada kekurangan, sekurang-kurangnya dapat mengimbangi pembohongan media anti-Islam. Musuh merancang untuk memadamkan peranan Qatar tersebut. Ya Allah! Selamatkan umat ini daripada ditipu oleh musuh-musuh mereka.



No comments:

Post a Comment