Ketika sesetengah pihak dilihat bersikap keras melampau dan menolak
kehadiran orang bukan Islam berbuka puasa bersama, Mufti Wilayah
Persekutuan hadir di majlis seumpama itu di Shah Alam semalam.
Malah majlis itu mempertemukan orang Islam dengan paderi Kristian.
Untuk menunjukkan rasa berbesar hati seronok dan terujanya, Datuk Dr
Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut membawa bersama isteri dan anak beliau.
"Biasanya saya jarang bawa mereka," katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis berkenaan semalam.
Klip ucapan Zulkifli dimuat naik di akaun Facebook.
Dalam ucapannya beliau menyatakan Allah mencipta manusia dengan pelbagai latar supaya mereka saling kenal mengenali.
Bagaimanapun perbezaan itu akan mendatangkan masalah jika tidak ditangani dengan betul.
"Mengapa sesuatu bencana berlaku? Ia berlaku sebab kita tidak dapat
mengurus salah faham, tidak dapat menguruskannya dengan cara sebenar
hingga akhirnya cross of line berlaku," katanya.
Dianggarkan lebih 100 orang menghadiri majlis di sebuah hotel itu.
Zulkifli turut membuat jemputan terbuka kepada hadirin untuk melawat pejabatnya di Putrajaya.
Sementara itu Presiden Global Unity Network (Unity), Shah Kirit
Kakulal Govindji, berkata program seumpama itu adalah yang ketiga
dianjurkan mereka setakat ini.
Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan 2012 itu berkata majlis berkenaan
bertujuan mahu memecahkan prejudis dan pemikiran negatif antara penganut
agama di Malaysia.
Menyarankan segala salah faham diselesaikan secara rundingan Shah
Kirit berkata, pelbagai perbezaan latar belakang rakyat negara ini
sebenarnya menjadi kekuatan kepada Malaysia.
"Tak semua masalah boleh diselesaikan dengan rundingan yang dibuat,
tetapi sekurang-kurangnya wujud persefahaman antara orang Islam dan
Kristian," katanya
Malaysiakini 6/6/17
No comments:
Post a Comment