Malaysiakini 14/6/17
Pulau Pinang membuat keputusan untuk tidak mengendahkan arahan
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan yang menggesa kerajaan negeri
berhenti mengutip cukai bilik hotel apabila kerajaan melaksanakan cukai
pelancongan pada 1 Julai depan.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pelaksanaan cukai pelancongan
merupakan 'sesuatu yang baru' dan tidak pernah dibangkitkan ketika rang
undang-undang cukai pelancongan dibahaskan pada sidang akhir Parlimen
yang lalu.
Mengakui terkejut dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz, Lim berkata
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga gagal memaklumkan serta
berunding dengan kerajaan negeri mengenai perkara berkenaan.
"Kami tidak bersetuju dengan menteri.
"Bolehkah kami mendapat jaminan bahawa wang yang dikutip akan
disalurkan semula ke negeri-negeri bagi meningkatkan industri
pelancongan tempatan." soal Lim pada sidang media hari ini.
Akhbar The Sun hari ini memetik Nazri sebagai berkata, cukai
bilik yang dikutip oleh negeri-negeri akan menyebabkan caj berganda
kepada pelancong dan ia tidak produktif apabila kerajaan melaksanakan
sistem cukai pelancongan.
Kadar di bawah cukai pelancongan yang baru bagi setiap bilik ialah
RM2.50 dan RM20 bagi penginapan semalaman di hotel dan rumah penginapan
berdaftar.
Ekoran cukai pelancongan itu, ia menyebabkan 'perang mulut' antara
Nazri dan pemimpin-pemimpin lain di Sabah dan Sarawak yang merancang
untuk menentang pelaksanaan cukai berkenaan dengan alasan ia akan
menjadi beban bagi industri pelancongan.
No comments:
Post a Comment