Sunday, June 18, 2017

Pas akui cabaran dapatkan sokongan bukan Islam

Sinar Harian
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
ALOR SETAR - Pas mengakui menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan sokongan bukan Islam terutamanya kaum Cina selepas parti itu menamatkan kerjasama politik dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Anggota Jawatankuasa Kerja Pas, Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun ia hanya bersifat sementara kerana menyifatkannya umpama tembok untuk memisahkan golongan bukan Islam dengan Pas sudah pecah dan tidak boleh dibina mana-mana parti lagi.
"Cuma yang ada hanya nyalaan api yang dibuat oleh DAP untuk sekat sokongan bukan Islam terhadap Pas, tetapi ia mudah dipadamkan dengan air...kami sendiri  (dalam) Pemuda Pas mempunyai hubungan baik dengan bukan Islam.

 Namun, Nik Mohamad Abduh tetap yakin dengan kekuatan Pas untuk menghadapi PRU14 nanti berikutan mendapat sokongan padu daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang dianggotai kalangan bukan Islam serta Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan).

"Kita sudah ada Gagasan Sejahtera menerusi kerjasama politik bersama Ikatan. Dalam Ikatan pun ada pelbagai kaum terdiri kaum Cina dan India, lagi pula PCM (Parti Cinta Malaysia) di Pulau Pinang ada menyatakan hasrat untuk menyertai  Gagasan Sejahtera, tetapi masih sedang dalam proses perbincangan," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. Wahai Lebai, bukan cabaran tapi memang depa tak suka akan perangai lebai-lebai yang kurang berakhlaq, terutama mr presideng hampa yang bermulut kohong tu.
    Walaun-walaun geng kamu mungkin menyanjung tinggi akan mulut celupar mr presideng, tapi tidak kepada bukan ahli-ahli parti.
    Nasihatkan kepada mr presideng kamu tu. Berus la mulut tu dulu sebelum mengeluarkan kata-kata, kerana bau mukutlutnya amatlah kohobg

    ReplyDelete