Thursday, June 29, 2017

Pembangkang rancang himpunan Hapuskan Kleptokrasi Sept ini

Malaysiakini 28/6/17

Parti pembangkang akan mengadakan perhimpunan Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada September ini sebagai reaksi mereka kepada saman sivil terbaru Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dalam isu 1MDB.

Langkah itu adalah satu daripada rancangan diatur Jawatankuasa Bertindak 1MDB yang baru dibentuk bagi menyelaras reaksi parti-parti pembangkang ketika menangani isu syarikat pelaburan milik kerajaan itu.
Pengerusi penaja jawatankuasa bertindak itu, Datuk Seri Dr W

"Kita nak pergi kepada rakyat. Kadang-kadang rakyat tidak berasakan isu 1MDB ini ada kaitan dengan mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang di parlimen hari ini.
Turut hadir, wakil dari PKR, DAP, Parti Amanah Negara, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Parti Warisan Sabah yang diketuai bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikatakan turut menyokong cadangan mengadakan perhimpunan itu tetapi tidak dapat menghantar wakilnya hari ini.
Dr Wan Azizah yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, mereka akan turun ke peringkat akar umbi menjelaskan isu 1MDB melalui siri penerangan kepara orang ramai.

Kempen untuk mengajak orang ramai hadir ke perhimpunan itu akan dilancarkan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 6 Julai ini.

Tuntut bentang kertas putih
Bagaimanapun kata Dr Wan Azizah, butiran lain mengenai kemuncak perhimpunan itu belum dapat diumumkan kerana masih dalam perancangan.
Katanya, semua pihak perlu mengetepikan perbezaan masing-masing sebaliknya bekerjasama membawa dalang yang terlibat dalam penyelewengan 1MDB ke muka pengadilan.

Ditanya mengenai kedudukan PAS yang dianggap pengkritik kini semakin lunak dengan Umno, Dr Wan Azizah berkata, pihaknya menghantar surat kepada parti itu tetapi tidak menerima sebarang maklum balas.

Sementara itu jawatankuasa bertindak terbabit turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang tergempar parlimen secepat mungkin bagi membentangkan kertas putih mengenai 1MDB.

"Kertas putih itu sepatutnya menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat. Kenyataan sesetengah menteri yang mendakwa isu ini bermotifkan politik atau campur tangan asing belum cukup menjawab hal-hal yang dibangkitkan.
"Jika kerajaan tidak mahu rakyat percaya kepada dakwaan DOJ, mereka perlu menjawabnya dengan membentangkan laporan siasatan daripada pihak berkuasa melalui kertas putih," katanya.

Dr Wan Azizah turut menggesa Pejabat Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara dan polis membuka semula siasatan berhubung 1MDB.
Untuk rekod, polis masih menyiasat sekurang-kurangnya satu kes berkaitan 1MDB yang dibuat berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tahun lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 25 Jun lalu memberitahu media, AGC meminta polis menyiasat lebih lanjut laporan berkenaan dan ia masih berlangsung.

No comments:

Post a Comment