Friday, June 9, 2017

Shafee enggan komen, elak soalan RM9.5 juta

 | June 9, 2017
Peguam itu enggan menjawab soalan bertubi-tubi daripada wartawan mengenai dakwaan menerima sejumlah wang besar daripada perdana menteri.
VIDEO INSIDE
Shafee-Abdullah3KUALA LUMPUR: Tan Sri Shafee Abdullah yang kini di tengah-tengah tuduhan menerima RM9.5 juta daripada akaun peribadi perdana menteri hari ini cuba mengelak pertanyaan wartawan, sambil berkata akan membuat kenyataan.

Peguam yang dilantik khas oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 2 tahun lalu itu juga enggan menyatakan sama ada beliau menafikan tuduhan menerima RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak.

“Saya akan buat satu kenyataan, tetapi bukan hari ini. Saya akan berikan kenyataan media. Saya akan beritahu anda,” kata Shafee kepada wartawan yang bergegas mendapatkan komen beliau, sebelum meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
Sarawak Report baru-baru ini mendakwa Shafee menerima 2 transaksi wang daripada Najib.

Laman itu turut menerbitkan gambar 2 slip menunjukkan sejumlah RM9.5 juta yang dibayar pada September 2013 dan Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disahkan pada 2015 oleh Mahkamah Persekutuan, yang menghukum Anwar 5 tahun penjara.

Hari ini, bekas ketua pembangkang Dewan Rakyat itu memfailkan saman pemula terhadap kerajaan Malaysia bersandarkan dakwaan portal itu, dengan berkata ia menunjukkan beliau tidak mendapat perbicaraan adil.
Sebelum ini, Putrajaya berkata Shafee hanya dibayar upah guaman sebanyak RM1,000 untuk perkhidmatannya. FMT

4 comments:

  1. Semoga kebenaran timbul juga dan yang salah akan menerima balasannya. Amin.

    ReplyDelete
  2. Hukuman keatas Anwar Ibrahim adalah Tidak Sah sebab ada unsur RASUAH.Mungkin HAKIM pun TERLIBAT sama.Harap KPN KHALID tak Berat Sebelah.Go PDRM Go.

    ReplyDelete
  3. Doakan yg terbaik untuk mereka yg bekerja betul. Sebaliknya kita doakan mereka yg tidak jujur diberi peringatan .
    Aamiin

    ReplyDelete
  4. Doakan yg terbaik untuk mereka yg bekerja betul. Sebaliknya kita doakan mereka yg tidak jujur diberi peringatan .
    Aamiin

    ReplyDelete