Seorang pemimpin PAS Selangor menyifatkan bukan Islam
yang menentang syariah tetapi mengunjungi masjid hanya mahu melihat
Islam terhad di dalam masjid.
PETALING
JAYA: Seorang pemimpin PAS Selangor hari ini berkata mereka yang
menentang rang undang-undang (RUU) presiden parti itu untuk mengenakan
hukuman lebih berat ke atas pesalah syariah tidak layak mengunjungi
masjid.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim
bagaimanapun tidak secara langsung merujuk kepada bantahan beberapa NGO
pro-Umno terhadap wakil rakyat PKR, Sivarasa Rasiah kerana hadir di
program menyerahkan sumbangan dan buka puasa di sebuah masjid di kawasan
Parlimennya.
Menurut Najhan, masjid hanya berhak diimarahkan oleh mereka yang
beriman kepada Islam, dan oleh mereka yang tunduk “sujud” terhadap nilai
Islam sama ada dalam bidang “ekonomi, sosial, dan termasuk urusan
undang-undang, politik dan pemerintahan”.
“Seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas ketika di luar masjid,
dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam,
menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan
bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan
hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan
menyeru orang Islam melakukan kebaikan,” tulisnya dalam artikel
diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily, di bawah tajuk “Antara ahli
parlimen dan imarah masjid”.
“Apakah ini sandiwara? Sepatutnya mereka yang bukan Islam tidak
seharusnya menentang Islam, umatnya serta urusannya kemudian datang pula
ke masjid dengan menonjolkan diri bahawa mereka juga ingin bersama
Islam,” katanya.
Lawatan Sivarasa baru-baru ini ke Masjid An-Nur di Kampung Melayu
Subang dipertikaikan beberapa NGO yang mahu Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) bertindak.
Mereka termasuk Kesatuan Melayu Nasional (KMN), Permuafakatan
Ayahanda-Ayahanda Semalaysia (Permas), Wakil Penduduk Kota Damansara dan
Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS).
Susulan itu, Pengarah Jais Datuk Haris Kasim berkata tindakan
Sivarasa memberikan ucapan di hadapan jemaah turut tidak disenangi
Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Bagaimanapun, Sivarasa berkata beliau hanya menyampaikan ucapan
“Salam Ramadan” kepada jemaah di samping menemani Radzlan menyampaikan
sumbangan berjumlah RM71,000 kepada masjid berkenaan.
Najhan menyifatkan mereka yang menentang RUU yang dibawa Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965, sebagai “seteru kuat, mempersenda dan
memperkecilkan” Islam.
“Inilah idea dan pemikiran Islam sempit yang diimpikan oleh musuh
iaitu Islam hanya sekadar tunduk dan sujud di dalam masjid, tetapi tiada
roh dan penghayatan Islam di luarnya yang bersifat syumul dan sempurna.
Mereka ingin melihat Islam itu tidak berperanan dan berfungsi dengan
lengkap dalam aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
“Umat Islam yang turut memahami pemikiran begini juga perlu
bermuhasabah dan menilai kembali pemahaman Islam dan masjid dengan
sebenar,” katanya.
Pihak berkuasa agama di Selangor kini sedang menyiasat pengurusan
Masjid An-Nur atas dakwaan membenarkan ia digunakan untuk menyampaikan
ceramah politik, tuduhan yang dinafikan Sivarasa dan pegawai PKR,
Radzlan Jalaludin yang menemaninya.
kita tunggu ruu apa jadi.
ReplyDeleteapakah selepas ini menteri agama umno dan najib bertaraf “seteru kuat, mempersenda dan memperkecilkan” Islam kerana tidak membawa ruu355 ke peringkat kerajaan.
seterusnya selepas bahas dan berjayalah misalnya, kita nk tgk pula siapa sultan2 yg “seteru kuat, mempersenda dan memperkecilkan” Islam jika ada yg tidak setuju ruu355.
jgn hanya dap dan PH yg tidak berkuasa dan tidak menolak ruu cuma berhujah mengenainya saja dituduh seteru dan musuh islam.
ustaz...kita nk tgk