Malaysiakini 8/6/17
Selepas serbuan kira-kira lapan jam, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beredar dengan empat kotak, beberapa
bungkusan dan tiga beg tarik daripada pejabat Felda Global Ventures
Holdings Bhd (FGV).
Barang rampasan itu diambil selepas kumpulan besar
penguat kuasa, difahamkan 40 orang, menggeledah pejabat ketua pegawai
eksekutif Kumpulan (CEO) FGV Datuk Zakaria Arshad di tingkat 45 Menara
Felda di ibu negara.
Tiada kenyataan rasmi daripada SPRM atau FGV dikeluarkan kepada media setakat ini.
SPRM tiba ke Menara Felda kira-kira jam 10 pagi dan selesai mengambil dokumen itu pada jam 6 petang.
Hadir sama dalam kunjungan itu adalah bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala selama satu jam yang ditugaskan mencari penyelesaian untuk kemelut kepimpinan FGV.

No comments:
Post a Comment