Wednesday, July 12, 2017

Ah long, dua pekerja diberkas

Ah long, dua pekerja diberkas
Moses bersama pegawainya menunjukkan cek yang berjaya dirampas dalam serbuan berkenaan.
IPOH – Polis Perak berjaya memberkas seorang ah long bersama dua individu yang dipercayai pekerjanya cuba menunaikan 10 cek bernilai RM350,000.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Deputi Superintendan G Moses berkata, ah long berusia 65 tahun itu ditangkap di Falim kira-kira 11 pagi semalam manakala dua pekerjanya ditahan di Batu Gajah jam 3.50 petang hari sama.

Menurutnya, mangsa yang juga pemilik kilang perabot sebelum ini pernah meminjam wang daripada ah long berkenaan pada 2010 hingga 2012 sebanyak RM350,00 bagaimanapun telah membayar semula secara berperingkat selama tiga tahun.
“Dalam tempoh itu, mangsa telah membayar RM393,000 namun malang baginya pada Mei lalu, ah long berkenaan memintanya untuk membayar semua pinjaman tersebut.

“Mangsa juga ditangkap ah long itu ketika keluar makan tengah hari dan dibawa ke Falim sebelum mengarahkannya mengeluarkan 10 cek bernilai RM350,000,”katanya ketika sidang media hari ini.

Moses berkata, mangsa yang kerugian RM78,100 bertindak membuat laporan polis selepas diugut ah long berkenaan yang mahu datang ke rumah untuk mengganggu dan mencederakan mereka sekeluarga serta mengambil gambar kilang perabotnya.

No comments:

Post a Comment